Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM2 juta berhubung projek Jana Wibawa.<br /><br />Adam Radlan, 42 tahun yang juga ahli perniagaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan hakim Azura Alwi.